
YB Wong Hon Wai merujuk kepada kenyataan oleh Pengerusi Parti Gerakan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan
10 August 2011
Kenyataan Akhbar oleh YB Wong Hon Wai – EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Perancang Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian) pada 9-8-2011 di George Town, Pulau Pinang
Saya merujuk kepada kenyataan oleh Pengerusi Parti Gerakan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang menanyakan kepada Kerajaan Negeri berkenaan kutipan premium dari pemaju untuk rumah kos rendah.
Pada masa pemerintahan Barisan Nasional, isu-su penjualan kuota rumah kos rendah berlaku secara berleluasa di pasaran bebas di mana pemaju yang tidak dapat menyediakan rumah kos rendah membeli kuota daripada pemaju yang telah menyediakannya. Transaksi penjualan kuota berlaku antara pemaju-pemaju dan tiada kawal selia daripada Kerajaan Negeri pada masa itu. Kerajaan Negeri tidak menerima apa-apa sumbangan daripada aktiviti tersebut.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang berpendapat aktiviti penjualan kuota rumah kos rendah ini perlu dikawalselia di samping kepentingan awam perlu dijaga. Oleh itu, kita telah menetapkan bahawa pemaju yang membeli kuota daripada pemaju lain diminta menyumbang RM40,000 (empat puluh ribu ringgit) seunit bagi perumahan kos rendah dan RM30,000 (tiga puluh ribu ringgit) seunit bagi perumahan kos sederhana rendah.
Ini adalah jauh lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang tidak mendapat apa-apa wang sumbangan pun. Wang sumbangan daripada pemaju ini akan dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Wang tersebut akan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah mampu milik pada masa akan datang.
Kerajaan Negeri juga akan merangka formula baru untuk menangani aktiviti penjualan kuota rumah kos rendah antara pemaju-pemaju dan pengumuman baru akan dibuat pada masa yang sesuai.
Kerajaan Negeri komited terhadap pembinaan rumah mampu milik seperti yang ditunjukkan oleh kelulusan 11,596 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di bahagian Pulau dan Seberang Perai semenjak pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng juga telah membuat pengumuman terhadap pembinaan rumah mampu milik di Batu Kawan di atas tanah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seluas 150 ekar.
As reported in Malaysiakini
规定发展商买廉屋固打需缴费
黄汉伟称收入转建可负担房屋
2011年8月9日
傍晚 6点41分
槟城廉价屋课题继续掀起朝野骂战。槟州城乡策划,房屋及艺术行政议员黄汉伟今天反击槟国阵昨天对民联房屋政策的质疑,反抨国阵执政时期,廉价屋销售固打问题严重。
他更说明,民联槟州政府已开始管制发展商对廉价屋的固打,并且能够从中获利,未来这些收入将转用作建设可负担房屋。
槟州国阵工作委员会主席丁福南昨天要槟政府明确交代目前采纳的房屋与土地政策,同时质疑新政策是否屋价高涨的导因。
前朝政府放任固打交易
黄汉伟在今天文告解释,由于前朝国阵政府的漠视,廉价屋销售固打问题在民联执政之前更严重。
“无法提供廉价屋的发展商,可自由的在市场上向其他发展商购买其所应该提供的固打,这种问题在那时非常猖獗。”
他更揭露,当时的州政府未监管这种在发展商之间的固打交易。
“州政府也没有在这种交易中收到任何收入。”
向发展商收费兴建房子
黄汉伟指出,槟州民联政府发现这种售卖固打问题需要管制,大众利益也必须被照顾。因此,当局规定只要发展商向其他发展商购买固打,一间廉价屋就必须缴付4万令吉,而一间中廉价屋就须3万令吉。
“这价格远远高过在国阵执政时期的零收入。发展商的献金将会进入槟州政府户口内,而这些钱日后将会用在兴建可负担房屋上。”
他说,州政府也将制定一个新的公式来处理发展商之间的廉价屋固打问题,州政府在适当时间将作出宣布。
他不忘重申,自从民联执政以后,州政府已批准在槟岛及威省兴建1万1596间廉价屋及中廉价屋。首长林冠英则已公布将在峇都交湾槟州发展机构(PDC)150依格地段上,兴建可负担房屋。
No comments:
Post a Comment